Ditengah padang yang terbuka,,
tegak ku sepohon beringin,
sepi sendiri
dikedinginan menjeruk rasa,
dikepanasan merimbun hari,
Kiriku
angin badai menghimpit.
kananku
hutan hutan membelit.
Di atasku,
petir halintar berputar.
Di bawahku,
akar akar menjalar.
Sesekali sinar datang,
angin badai menghalang.
Sesekali meneroka berjuang,
hutan menjadi lalang.
Sesekali pelangi mengawan,
petir halintar bersilang.
Sesekali bertunjang,
akar serabut melintang menghalang.
Menjadi ayah kehilangan tiang sri
sewaktu ibu tercari garam,
menyuap anak yang hilang rasa.
Menjadi suami kehilangan punca
ketika mencari isteri menjerit,
meminta pelukkan.
Rasa terlalu masin, ketika menghirup pekat berjuang di padang,
mencari dimanakah tunjang,
untuk berdiri sendiri.
Mampukah beringin itu,
tegak kembali
kerana semuanya layu kehabisan???????
Ya.. Allah!!!!!
Bantulah beringin itu.
Aaaminnnn.

0 ulasan:
Catat Ulasan