Mengantuk tak mengantuk ku gagah jua mata yang mamai, turun kebawah mencari cangkul, mengali sedikit lubang, hanya cukup memuat khazanah yang mungkin cair dibawah pokok jambu batu.
Selesai sahaja kerja tu, ku panggil isteriku (bekas isteri) turun kebawah untuk melepaskan giannya yang memulas-mulas. Aku hanya menjadi pengawal di dalam samar-samar cahaya bulan. Dia tu penakut sikit. Tau jelah kat kampung. Macam-macam cerita seram terdengar dari orang-orang tua kat kampung tu. Selesai je malabur, naik kerumah terus kebilik air cuci agaknya. Lama gak kat bilik air.
Aduhhhhhhh memulas lagi. Aku terus membuat runtin yang sama. Jemput dia dan melabur lagi. Tiga empat kali ragam yang sama terjadi.
Takut benda lain yang jadi. Aku kejutkan orang tua (Mertua). Kelam kabut mamai, dia orang. "Eh... ni bukan sakit perut biasa ni" keloh mak dia (mertua) dengan mata berkelip kelip pejam
Lintang pukang aku. Kedapur tak kena, kebilik tak kena, kebawah pun tak kena, tangan memulas kebelakang. Cuma terbayang Mak aku yang tinggal agak jauh.
Biasalah...isteriku tu (bekas isteri) dah 9 bulan. Tunggu hari je. Tapi!!!!!!!! masa aku timbus si polan polannya tadi, menguap-ngup juga. Masam pekat pulak tu.
Pengalaman tak ada, dah nak jadi bapa dalam usia mentah tak mekar pun (21 ++ je). Hari lahirku sebulan je lagi. ( 09 june ). .
Mak aku,,,,,,? Dalam lemah lelah berasma. Soal macam ni, dia akan berubah terlupa, sihat tiba tiba lelah asmanya. Maklumlah kerja dia. Fasih benar berbidan ala kampung. Hampir separuh anak anak kampung dia yang sambut. Kuat betul semangatnya.
Mak aku sampai jam 9 pagi dengan seluruh isi gerombolan keluargaku. Dalam beg penuh dengan akar akar kayu dan majun kampung. Mulut dia terkuma kamih. Entah apa yang di sebur dan di baca bila sampai di anjung rumah. Aku sambut dan cium kuat kuat. Pimpin tangan dia terus kebilik. Dalam bilik aku terjeling isteriku (bekas isteri) Terkangkang membujur dengan kepala berpusing kekanan kiri.
"Aduh!!!!! sakit, sakitttttttt" Mak aku terus menerkam keperutnya. Aku tak sangup melihat, terus keruang tamu. Termenung dengan telinga terpasang mendengar keluh kesah dan suara nyaring kesakitan. Mataku terasa mengalir sesuatu.
Macam macam mak aku buat, Bagi minum air tawau (air jampi) tok guru, telur mentah dan macam-macam. Kata mak aku, telur mentah tu, untuk membuka jalan. Jalan apa, aku tak tahu.
"Jalan rahim biar licin sikit" kata kakak ku, bila aku memandang matanya tertanya.
Teringat pesan guru ku. Bila kita dalam kesesatan di hutan atau menghadapi mala petaka atau kesusahan. Ambil air sembayang dan azam kuat kuat dengan niat memohom pertolongan yang berkuasa. Ahhhhhhh...... tadi terlupa agaknya bila akal fikir bagai separuh gila kerisauan. Bila suara kesakitan terdiam barulah gilaku menjadi waras tiba tiba.
Lantas aku terus kebilik air, bersuci dan bersedia berjuang dengan laungan azam.
Jam sudah pukul 3 setengah petang. Keadaan macam tu je. Kejap isteriku (bekas ister) kejap sakit, kejap hilang. Laungan azam sudah dua kali aku laungkan. Afdalnya bila ku azan. Isteriku (bekas isteri) denyutan kesakitannya hilang. Alhamdulillah mujarat betul, ubat yang azali tu.
(Laungan azan).
Jam 4.15.
"Roji...bee Roji (bang atau azam)" Suara mak aku dari dalam.
Aduhhhhhh.. Ahhhhhhhhh aduhhhhhh". Isteriku meneram.
Aku terus bang sekuat hati.
"Allahhuakhbar, Allahhuakhbar"
"Kuarr, kuar, kuar".
"Dah keluar dah, dah Keluar dah" Suara siapa, aku tak pasti.
Telingaku tetap terpasang biarpun khusut berazan. Dalam terdengar suara bayi, aku habiskan juga laungan azan tersebut. Air mata ku menitis sedikit, hatiku pilu dan kembali lega bila terdengar suara isteriku mengucapkan Allhamdulillah. Selepas azan, aku terus sujut sukur. Dalam hati TERIMA KASEH YA ALLAH KERANA MENYELAMATKAN ISTERIKU DAN SELAMATKAN KELAHIRAN ZURIATKU AAAMIN.
NAHHH........... BUAT NURUL IRQIN ANAK PEREMPUAN SULONGKU.
Nama itulah yang terpahat sampai hari ini, sempena nama salah sebuah kampung di negara Arab dan carilah asal usul kampung tersebut kerana ayah dan ibu tak mampu lagi mencari makna di sebalik nama tersebut(Zattul Irqin) setelah ayah berpisah.
Selamat hari lahir ke 21 anakku Irqin. Jagalah maruah diri dan berhati hatilah dalam perjuangan hidup yang penuh penipuan ini. Ranjau kehidupan yang tajam ini akan menjadi tumpul bila keimanan kita kuat. Pengalaman yang ayah dan ibumu tempuh, engkau sendiri sedia maklum dan jangan ulangi kesilapam tersebut. Andai tersesat kembalilah kepangkal jalan dan beristqfallah.
Disepanjang kehidupan mu ayah terasa ada sesuatu yang tak kena. Ayah betul betul terasa. Ayah ternampak dalam hati dan naluri kerana engkau adalah sebahagian darah ayah yang tertumpah. Engkau yang tempuh, engkau yang tau.
Engkau yang sulong, tunjukkanlah tauladan kepada adik, adik mu yang lain.
Disamping INSTINCT ayah yang kuat. Ayah juga berbangga dengan mu, anakku. Kehidupanmu pasti akan berjaya dengan keazaman mu yang kuat. Ayah percaya tu dan selalu ayah berdoa. Dan ternyata adik mu Zety telah menjadikan mu sebagai cabaran. Kini dia sudah mengatasimu dari segi pelajaran dan engkau masih lagi berpeluang mengatasinya kembali.
Percayalah. Ayah betul-betula menyayangimu apalagi merinduimu di waktu hampir hari lahirmu tiba. Ayah betul betul pilu bila bayanganmu langsung tak kelibat menjenguk ayah yang entah sihat, entah tidak hatinya ini.
Kini umurmu hampir 21. Dengan umur itulah ternyata engkau telah bebas dari segi perbuatan.
SELAMAT HARI LAHIR NURUL IRQIN.
KELAHIRAN SILAM (Salam buat Zuriat)
Kelahiran mu melalui doa dari akad,
aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang sebanyak tersebut.
Dari fajar menyinsir cerahnya mentari,
ke mega malap dan malam pekat,
aku melangkah setiap ruang fikir berpena peta serabut,
Akhirnya kalian hilang tergantung tak bertali,
Aku mencari tali untuk memintal,
Rupanya tali rami kureput.
bersandar rindu perkasa,
setiap ruang ku jejak,
menghitung lumpur terpijak,
mencari kalian, supaya bernafas,
ku temui,,,
Nafas kalian segar bugar,
di bawah bayangan kayangan itu,
yang terhidu dari dulu.
Walau di mana mana
Darah merah tak terlupa,
pada jantung bergegar,
Darah putih tak terlupa,
pada urat berselingkar.
Dengan pekat dan cair.
Dengan hitam dan putih.
Dengan jalan lurus berduri dan bengkuk berpusing.
Dengan simpang bercabang.
Aku rela gila dari waras bernoda,
Aku rela meminta dari dapat riba,
Aku rela berbohong dari ego yang sombong,
Pahit kohong, nganga terlompong.
Hari ini.
Biarpun kalian telah dewasa,
Jangan lupa waktu yang hilang,
Tanpa waktu manusia tak tua,
Jangan lupa kain di jemuran
Tanpa mentari mengigillah jiwa,
Jangan lupa hujan di padang,
Tanpa hujan kepanasan berpanjangan.
Dan.....
Ayah di sini.
Bilakah habis mencangkung,
Merenung meminta purnama,
merindui sesuatu, entah bila tiba?
Ahhhh kepenatan,
Doakanlah..........................

0 ulasan:
Catat Ulasan