Jam sudah satu pagi, kucuba lelapkan mata. Ahhh.... memang mengantuk tapi di kepala melayang macam-macam. Ku pejam jua, tapi kepala langsung tak mahu lena. Mungkin dengan keadaan resah membuatkan aku tidak bisa menguruskan tidur ku dengan teratur.
Terbayang ketika kecilku, keluarga ku terlalu daif untuk makan. Apa lagi dengan pakaian dan keperluan lain, membuatkan aku bertekad untuk berusaha. Usahaku kekadang ada peningkatan dan kekadang ada pengucupan.
Di waktu peningkatan, sempat juga aku membantu ibu, menghulurkan sedikit bantuan untuk sampai ke Tanah suci dan yang banyaknya, abangku yang mendapat sedikit hadiah dari Angkatan Tentera setelah habis kontrat bersama pasukan itu selama sepuluh tahun. Walaupun sedikit bantuan yang aku hulurkan tapi begitu bermakna bagi dia. Biarpun selama hidupannya tidak pernah termimpi ke Tanah Suci tetapi abangku biarkan duitnya dilabur kepada Ibu daripada dia memiliki keluarga sendiri. Hasilnya abangku hidup membujang panjang dan ibu dapat melihat Tanah Mekah yang bersih dan suci itu, sebersih hati abangku.
Di waktu peningkatan juga, aku berkahwin dengan jodoh yang tiba tiba datang dalam tak terbayang dan bersedia. (Mungkin kerana darah muda agaknya) Sedangkan abangku yang sulung yang jauh lebih tua dariku masih lagi membujang panjang. Setelah berkahwin, baruku kenal siapa isteriku yang sebenarnya. Ngeri hubunganku berakhir ketika usia dua puteriku Irqin dan Izzaty lima dan empat tahun.
Abangku bertemu jodoh dengan seorang janda beranak dua. Mungkin itu yang paling sesuai untuknya. Biarpun dia teruna dan bakal isterinya janda. Status tidak penting yang penting hati dan penerimaan anak tirinya. Ketepatan sangkaannya betul. Dia bahagia dalam kepayahan yang nyata. Dua anak tirinya berjaya dalam pendidikan dan lima anaknya yang lain masih di bangku sekolah. Hidupnya waktu ini ternampak sedikit peningkatan dengan hasil usaha dia dan isterinya. Kini dia berusaha membuka bengkel membuat sos cili, tomato, cuka dan berbagai bagai lagi keperluan harian dengan sedikit modal dari kerajaan. InsyAllah usahanya akan berjaya. Dengan kungguhan dan kecekalannya.
Oh... aku juga mempunyai dua orang kakak. Rohani (arwah) dan Zaharah. Zaharah berkahwin dalam usia muda. Itu adalah jalan terbaik kerana kehidupan keluargaku terlalu daif dan terbaiknya dikahwinkan saja. Dapat juga orang menjaga dia. Hasinya dia memiliki tiga orang anak. Dua perempuan dan satu lelaki. Sebagaimana Zaharah, Rohani juga berkahwin dalam usia muda. Dia hanya memperolehi seorang puteri. Umurnya tidak panjang dengan penyakit yang dialami .(Canser) Al Fatihah x 10000..
Berbalik kepada aku. Dudaku memang penuh hikmat. Dalam menduda aku berusaha. Hasilnya aku berjaya. Dalam kejayaan aku tidak lupa kepada abang dan kakak kakak ku. Dapat juga aku menghulur sekadar yang termampu. Ku beli rumah kos sederhana semata mata untuk kakak ku dan anak anaknya berteduh setelah sekian lama bersetinggan. Sedangkan aku menginap di rumah sewa. Salah seorang anak kakak ku yang nampak ada peningkatan dalam pelajaran telah ku bantu sehingga dapat menghabiskan pelajaran di Universiti. Ku beli kereta untuk dia untuk memudahkan dia berulang alik ke kolej. Hasilnya, pelajaran dia habis dan dia bekerja dengan pendapatan di atas paras kemiskinan. Biarpun kereta yang ku beli itu berhutang tapi hutangnya ku bayar sehingga dia mampu membayarnya sendiri. Dua tahun lebih ku bayar. Abangku, ku hulur wang sedikit sebanyak dan ku beli juga sebuah kereta terpakai untuk memudahkannya berusaha dan menghantar anak kesekolah. Kakak ku Rohani, juga ku bantu sekadarnya sahaja kerana dia tidak mempunyai komitmen yang tinggi. Dia hanya seorang. Anak perempuan tunggalnya telah pun berumahtangga ketika itu.
Dalam kejayaan aku berkahwin dengan Razlin. Aku kenal dia ketika susah. Berkulikan suratkhabar pagi pagi tanpa mandi. Setelah aku senang baru ku pinang dia. Hasilnya aku dapat seorang anak lelaki.
Kejayaanku hanya seketika. Perniagaanku tamat perjanjian kerana terdapat kerenah birokrasi. Dalam perniagaan banyak musuh. Musuh hanya pandai menghentam dan mengodam. Aku tidak dapat bertahan dengan gondaman tersebut lalu aku susah kembali. Perniagaanku musnah. Dalam musnah, orang akan bercakap macam macam dan membuat kesimpulan sendiri.
Ada yang berpendapat aku menipu, aku menjual dadah dan berbagai fitnah ku dengar. Dan Fitnah yang ku dengar juga datang dari orang yang ku bantu sebelumnya. (MasyAllah). Hanya aku dan berkuasa sahaja yang tahu.
Dalam susah dan tak ada jalan keluar pernah aku berhutang dengan Ah Long (Ceti) haram. Aku pinjam RM 3000 tetapi tunai ku dapat RM 2600. Mengikut perjanjian aku perlu bayar RM 300 sehari dalam masa sepuluh hari. RM 300 x 10hari = RM 3000. Bererti faedahnya RM400. Setelah habis sepuluh hari ku bayar, ku jumpa Ah Long untuk mendapatkan gadaian ku kembali iaitu sebentuk cincin berlian yang ku beli bernila RM 5000. Memang lintah darat Ah Long ni, bila dibagitahu, hutangku belum jelas. Dia kata RM 300 yang ku beri tiap hari adalah faedah dan RM 400 dari jumlah RM 3ooo ku dapat RM 2600 adalah duit setem perjanjian. Aku perlu membayar RM 300 setiap hari selama lamanya selagi aku tidak jelaskan penuh tunai RM 3000 serentak.
Nah.. aku di timpa bala. Aku cuma mampu membayar dua minggu sahaja selepas itu kerana aku takut keluarga ku di ganggu. Dua minggu jumlahnya sudah RM 4200 bila di campur RM 3000 bererti aku telah membayar RM 7500. Lihatlah berapa faedah ku bayar berbanding ku dapat RM 2600. Bererti RM 4900 faedahnya.
Episod ini berakhir setelah aku terlewat bayar. Sepatutnya aku bayar sebelum pukul 6 petang, tapi di tanganku tiada wang. Bila aku dapat jam 8 malam terus aku ke bank untuk di banking. Belum sempat aku banking, aku di hubungi isteriku bahawa dia telah diganggu oleh Ah Long. Duit aku tetap banking juga supaya dia keluar dari rumah ku. Mungkin bila didapati ada urusan kemasukan wang, barulah dia keluar, kalau tidak sampai bila bila pun dia akan berkampung.
Bila aku sedar tak ada jalan keluar, sebelum sampai kerumah, aku singgah di balai polis membuat laporan. Urusan laporan memakan masa tiga jam. Selesai urusan di balai polis ku pulang dan dapati Isteri dan anak ku tiada. Aku hubungi mertua. Alhamdulillah dia ada di sana.
Aku tak sanggup mengadap mertua dan tak sanggup juga melihat air mata isteri dan anak ku yang masih kecil. Besoknya tanpa tidur aku terus kerumah kakak ku di Port Klang lari dari Ah Long dan lari dari menghadapi mertua seketika.
Disana aku menghubungi Isteri bertanya khabar dan ternyata angapan ku salah. Dalam sebaknya isteri dan marahnya mertua, masih ada lagi sisa untuk ku. Mereka boleh menerima aku dengan sarat aku tidak mengulanginya lagi.
(Orang gila sahaja masih mahu berurusan dangan Lintah darat tersebut setelah mengalami suasana demikian).
Hubungan dengan Isteriku bersatu kembali dan tinggallah aku di rumah mertua. Diantara itu aku berjanji dalam diriku. Akan kubangkit lagi setelah tersungkur, kerana aku percaya, aku punya upaya untuk melakukannya.
Adab dunia, bila kita didalam kepayahan yang nyata. Tiada sesiapa lagi akan menghampiri kita. Kita akan terbuang jauh dari semua landasan. Bicara kita tidak sewangi dahulu. Bicara kita akan dianggap sengketa yang memudaratkan. Kawan memang akan lari betepiaran. Keluarga kita yang kita bantu selama ini pun, akan mengagap kita sebagai musuh.
Percaya atau tidak itulah hakikat. Selama ini aku begitu yakin bahawa aku tidak akan dilakukan demikian tetapi hakikat yang aku tempuh jauh berbeza. Aku tidak yakin dengan pepatah TOLONG ANJING YANG TERSEPIT ingatkan anjing di dalam jagaan tidak akan mengigit tapi anjing yang didalam peliharaan lebih bisa dari segala bisa. Mungkin anjing itu telah diberi makan makanan yang baik baik, tidak kotor. Tidur pun bukan di tepi longkang disediakan tilam empok, tidak terlanjang tidak juga berkaki ayam.
Aku jaga anjing itu dulu pun bukan untuk dijadikan jaga rumah aku tapi untuk dijadi jaga kakak aku Zaharah dan suami serta anak anak. Aku tidak terasa sekiranya kakak ku menghalau aku dari rumah, sedikit pun aku tidak terasa kerana memang sepatuknya aku di halau sekiranya ada sesuatu yang mungkin membawa najis. Memang dia kakak ku yang telah banyak membantu aku menempuh dunia ini. Banyak jasa yang tidak boleh aku bayar.
Maafkan aku Kak, bukan niat aku untuk menghalau kalian daripada rumah itu, yang semata mata aku belikan untuk kalian, tapi aku terpaksa kerana anjing yang menjadi peliharaan bersama telah terlalu agrasif dan ternampak anjing itu mampu menjaga kalian dan mampu memberi segala teduh dari hujan dan teduh dari gelombang. Dan untuk suami mu, yang telah banyak membantu, maafkan aku. Bukan terniat untuk aku berkasar bahasa, sedikit pun tidak tetapi oleh kerana kau terlalu mementingkan anjing itu dan pertahankan segala gigitannya terhadap aku adalah halal lalu aku terpaksa pertahankan tindakkan yang aku lakukan adalah benar kerana anjing tetap anjing. Aku juga ada maruah sebagai seorang lelaki.
Dan kini ternyata kalian telah ternampak nafas yang boleh bernyawa untuk hidup. Kalian berhak memperolehi nafas itu dengan hasil usaha, perit jerih selama ini. Aku bahagia benar dan selalu berdoa agar kalian sampai ketahap mampu menempis segala badai dan gelora masa depan. Andainya kalian beranggap adik mu ini derhaka. Maafkan adikmu ini, tetapi adikmu ini berhak untuk derhaka. Sedarlah derhaka adikmu ini, adalah derhaka sunat supaya kalian sedar bahawa tindakan adikmu ini betul.
Kepada anjing jagaan mu kakak. Adainya dianggap aku punyai hutang untuk dijelaskan, aku tetap akan membayarnya, kerana hutang perlu dijelaskan andai tidak susah untuk aku hadapi alam selepas mati. Andainya tidak kesempatan, aku telah wasiatkan kepada zuriatku untuk jelaskan. Sekiranya perlu dan amat memerlukan jumpalah aku waktu ini dan saat ini, kerana anggapan ku keperluan kalian melebihi keperluan aku.
Percayalah kakak... adekmu amat bahagia dalam derita. Bahagia kerana mempunyai isteri yang setia dan mertua yang bukan IBU MERTUAKU tapi derita dalam prasangka kakak. Sengketa adekmu adalah sengketa dengan anjing yang terlepas dari tersepit. Semahunya kalian marahkan anjing yang tersepit setelah mengigit adekmu tapi kalian tidak. Kalian marahkan adekmu yang melepaskan anjing yang tesepit itu.
Memang sepatutnya kakak marahkan adekmu ini...
1. Kenapa dilepaskan kalau dah tahu anjing akan tetap mengigit setelah terlepas dari bahaya.
2. Anjing peliharaan tidak sama dengan anjing terbiar. Anjing terbiar akan lari bila terlepas tapi peliharaan akan tetap kembali bila di halau.
Apa pun semuanya telah terjadi, tidak boleh dipusing kembali dan biarkanlah ianya sebagai tragedi yang tak boleh dielakkan lagi. Sebelum adekmu pergi dahulu sebelum kakak, maafkanlah segala apa terjadi disepanjang pembesaran adekmu ini. Halalkanlah apa yang termakan dan terminum sesungguhnya kemaafankan kakak setidaknya untuk adekmu tenang menemui ILLAHI. Terima kaseh kakak.............
p/s Adekmu tidak lupa diri adekmu sedar di mana iannya datang.

0 ulasan:
Catat Ulasan