Isnin, 20 Julai 2009

pantun sepi


besarnya kelah besarlah umpan,

ketengah tasek perlu bersampan,

dagang rantau mengundang harapan,

di tempat orang jangan terhumban.


kenapa keroh air di kolam,

lumpur tiada bertali arus,

kenapa takut tidurku semalam,

mimpikan kain dimakan tikus


kaseh saudara semasa ada,

kaseh bapa menokok harta,

kaseh bonda sama dirasa,

kaseh sahabat sama binasa.


kalau lawan tidak bersahut,

tentu gelanggan akan sunyi,

tenanglah laut beralun lembut,

jangan tsunami meratah bumi.

kayu pulai tidak bersagu,

akar tunjanng kuat terpacak,

kenapa ombak perlu meragu,

sedangkan pantai tidak berganjak.


tentunya tepung tidak terburai,

kalaulah di uli sampai sebati,

kalaulah ombak sejuk membelai,

pantai merindu menunggu menanti.









0 ulasan:

About Me

Foto saya
yang BERKUASA mengetahui