Ahad, 30 Ogos 2009

LELAH ASMA

ibu…
aku rindu
pada lelah asma mu,
meraih upah simpati sawah padi
Dan celah celah pohon getah pawahan,
Sempat juga kita berteduh,
Dirumah berdinding lompong,
Pintu bertabir kain,
Atap bertiris cahaya,
Dan lantai bermandi hujan,
Kerana ayah telah pergi,
Tanpa sempat membaiki rumah itu,
Ketika aku belum pandai membuka mata.

Engkaulah ibu,
Berserkap jarang mencari ikan,
Mengayungkan air waktu pagi,
Agar dapat membasuh muka petangnya,
Lelahmu pucat di muka,
Dengan reroma kusut,
Dengan tapak tangan mengerutu,
Dengan urat tangan berselintar nanar,
Tercungak cungak,
Dalam kalut malut akar fikir,
Agar,
ABC ku tidak bisu dan gagap.
Supaya mengajar cucu cicit mu.

Namun kejayaan ku
tidak berjaya, menghapiri lelah asma mu
dan engkau berjaya membawa pergi doa
merindui lelah asma seorang ibu.

0 ulasan:

About Me

Foto saya
yang BERKUASA mengetahui