ibu…
aku rindu
pada lelah asma mu,
meraih upah simpati sawah padi
Dan celah celah pohon getah pawahan,
Sempat juga kita berteduh,
Dirumah berdinding lompong,
Pintu bertabir kain,
Atap bertiris cahaya,
Dan lantai bermandi hujan,
Kerana ayah telah pergi,
Tanpa sempat membaiki rumah itu,
Ketika aku belum pandai membuka mata.
Engkaulah ibu,
Berserkap jarang mencari ikan,
Mengayungkan air waktu pagi,
Agar dapat membasuh muka petangnya,
Lelahmu pucat di muka,
Dengan reroma kusut,
Dengan tapak tangan mengerutu,
Dengan urat tangan berselintar nanar,
Tercungak cungak,
Dalam kalut malut akar fikir,
Agar,
ABC ku tidak bisu dan gagap.
Supaya mengajar cucu cicit mu.
Namun kejayaan ku
tidak berjaya, menghapiri lelah asma mu
dan engkau berjaya membawa pergi doa
merindui lelah asma seorang ibu.
Ahad, 30 Ogos 2009
LELAH ASMA
Khamis, 30 Julai 2009
di atas sejadah ini
di atas sejadah ini
sering mama mencari imbangan
memohon langkah waspada
untuk diabadikan niat suci
walaupun dinaungi bayang bayang
harapan kukuh menjadi idaman
anakku
ingatkah dikau,
betapa syahdu azan ayahmu
menjulang nama Allah,
dengan menggunung harapan
nama itulah yang wajib kau tinta
nama itulah menjadi tempat berpaut kuat
penyuluh,pedoman
ketika riang,ketika susah
atau bertapak di persimpangan
usah kau hampir niat yang engkar
usah kau lupa asal usulmu
jangan kau lupa juga,
kuasa azali..yang mengatasi segala gala
anakku,
di atas sejadah ini
tempat sujudnya
kekadang dibasahi luruhan air mata
ku kucup dahimu,ku genggam tanganmu
memohon kau berikrar
akan membentuk hidupmu nanti
ke arah yg diredhai
anakku..
apabila mama sudah tiada
mama lampirka satu permintaan murni
sambunglah setiap solatmu
di atas sejadah ini.....
dasima K.lumpur
Isnin, 20 Julai 2009
pantun sepi
kalau lawan tidak bersahut,
Isnin, 13 Julai 2009
DOA BUAT BONDA
RINGANKANLAH BEBAN BONDA KU YA ALLAH KETIKA DI SISIMU,
BERIKANLAH KEKAYAAN DI AKHIRATMU,
BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN,
BERIKANLAH DIA KETENANGAN,
BERIKANLAH DIA HADIAH DI ATAS KEMISKINANNYA,
BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN DI ATAS KESEDIHANNYA,
BERIKANLAH DIA KESIHATANDISEBALIKKEUZURANNYA,
BERIKANLAHHHHHHH
BERIKANLAHHHHHHH
AKU ANAKNYA TAK SEMPAT MEMBERI,
AKU ANAKNYA TAK MAMPU MEMBERI,
APA YANG MAMPU KU BERI ADALAH DOA,
APA YANG MAMPU KU BERI ADALAH ALFATIHAH,
HIKMAT YANG KAU BERI ADALAH BETUL,
JAWAPAN YANG KAU BERI JUGA BETUL,
HANYA PADA MU AKU MERAYU,
HANYA PADA MU KU SERU,
YA ALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
ANGIN
angin engkaukah itu,
kekadang sejuk menjerut rasa,
kekadang kepanasan merimbun hari,
setiap kali kau menyapa,
aku kesejukan,
aku kepanasan,
angin dalam diri,
kembong membuncit perit
sakit memulas derita,
sesekali kau keluar,
nanah nahah menjalar,
ku simpan bisul berpunat,
ku luah busuk menerjah bicara,
aku sakit terseksa,
ada ketawa seloka,
tapi angin....
demi nyawa pusaka,
kita perlu menyedut kebersihan mu,
untuk hembuskan najis najis bermaharaja.
Rabu, 1 Julai 2009
BILAKAH
Bilakah suara suara itu akan berhenti berpura, atau setidak tidaknya akan bisu seketika?
Bilakah kepanasan ini akan suam suam menyapa atau setidak tidaknya datangnya mendung seketika?
Bilakah dan bilakah.....................................................?
Entah,,, entah!!!!!!!!!!!!!! Entah, bagaimana untuk menjawab, sedangkan sudah kehabisan peluru?
Perlukah membayar dengan harga yang mahal, sedangkan harga yang dibeli adalah terlalu murah?
Perlukah berlari mencari ruang, sedangkan ruang yang ada terlalu sempit.
Perlukah perlu berhenti menari, sedangkan kaki sudah lali?
Bagaimanakah untuk lepasi tembok yang menghadang, sedangkan tembuk itu adalah akad.
Apakah kerana pernah tersalah langkah. Langkah baru perlu dihalang.
Sedarlah.....
Apakah erti sebuah pemberian kiranya pemberian itu di ungkit.
Apakah erti sebuah keikhlasan kiranya keikhlasan itu menunggu untung.
Apakah erti sebuah perbincangan kiranya perbincangan sebelah pihak.
Apakah erti bersemuka kiranya bersemuka tak bertentang mata.
Apakah erti bantuan kiranya bantuan yang diberi adalah bantuan yang diharap.
Sedangkan semuanya belum apa apa, sudahpun terjadi apa apa. Semuanya tidak sedar bahawa sebutir benih yang di tabur belum tentu akan bercambah atau suburnya cambahan itu. Ianya perlu kawasan yang subur dan baja yang sihat. Tapi sekiranya kawasan itu mendung berpanjangan akan terbantutlah cambahan itu, tanpa mentari. Dan kita perlu mencari dan meneroka kawasan lain dan diberikan benih yang lain. Inilah yang dikatakn HIJRAH.
Lalu kini perlulah berHIJRAH mencari sesuatu untuk memperolehi sesuatu. Pagar pagar yang ada, biarpun terasa kuat untuk menghalang daripada ancaman sudah pun menjadi ancaman. Untuk itu, perlu melompat keluar daripada pagar itu. Memang perlu, tapi biarlah keadaan dalaman pagar reda seketika.
Dan bila berjaya melompat keluar jangan cuba menghilang diri. Setelah senang kembalilah membantu isi dalaman pagar itu. Pacakkan kembali tiang yang condong dan ikatkan kembali tali yang terburai. Biarkan diluar sana melihatnya bertambah kuat dan berdiri teguh dan kukuh.
INSYAALLAH.
Isnin, 29 Jun 2009
KITA TDAK TAHU
Sabtu, 27 Jun 2009
SALAM BUAT KAKAK
Jam sudah satu pagi, kucuba lelapkan mata. Ahhh.... memang mengantuk tapi di kepala melayang macam-macam. Ku pejam jua, tapi kepala langsung tak mahu lena. Mungkin dengan keadaan resah membuatkan aku tidak bisa menguruskan tidur ku dengan teratur.
Terbayang ketika kecilku, keluarga ku terlalu daif untuk makan. Apa lagi dengan pakaian dan keperluan lain, membuatkan aku bertekad untuk berusaha. Usahaku kekadang ada peningkatan dan kekadang ada pengucupan.
Di waktu peningkatan, sempat juga aku membantu ibu, menghulurkan sedikit bantuan untuk sampai ke Tanah suci dan yang banyaknya, abangku yang mendapat sedikit hadiah dari Angkatan Tentera setelah habis kontrat bersama pasukan itu selama sepuluh tahun. Walaupun sedikit bantuan yang aku hulurkan tapi begitu bermakna bagi dia. Biarpun selama hidupannya tidak pernah termimpi ke Tanah Suci tetapi abangku biarkan duitnya dilabur kepada Ibu daripada dia memiliki keluarga sendiri. Hasilnya abangku hidup membujang panjang dan ibu dapat melihat Tanah Mekah yang bersih dan suci itu, sebersih hati abangku.
Di waktu peningkatan juga, aku berkahwin dengan jodoh yang tiba tiba datang dalam tak terbayang dan bersedia. (Mungkin kerana darah muda agaknya) Sedangkan abangku yang sulung yang jauh lebih tua dariku masih lagi membujang panjang. Setelah berkahwin, baruku kenal siapa isteriku yang sebenarnya. Ngeri hubunganku berakhir ketika usia dua puteriku Irqin dan Izzaty lima dan empat tahun.
Abangku bertemu jodoh dengan seorang janda beranak dua. Mungkin itu yang paling sesuai untuknya. Biarpun dia teruna dan bakal isterinya janda. Status tidak penting yang penting hati dan penerimaan anak tirinya. Ketepatan sangkaannya betul. Dia bahagia dalam kepayahan yang nyata. Dua anak tirinya berjaya dalam pendidikan dan lima anaknya yang lain masih di bangku sekolah. Hidupnya waktu ini ternampak sedikit peningkatan dengan hasil usaha dia dan isterinya. Kini dia berusaha membuka bengkel membuat sos cili, tomato, cuka dan berbagai bagai lagi keperluan harian dengan sedikit modal dari kerajaan. InsyAllah usahanya akan berjaya. Dengan kungguhan dan kecekalannya.
Oh... aku juga mempunyai dua orang kakak. Rohani (arwah) dan Zaharah. Zaharah berkahwin dalam usia muda. Itu adalah jalan terbaik kerana kehidupan keluargaku terlalu daif dan terbaiknya dikahwinkan saja. Dapat juga orang menjaga dia. Hasinya dia memiliki tiga orang anak. Dua perempuan dan satu lelaki. Sebagaimana Zaharah, Rohani juga berkahwin dalam usia muda. Dia hanya memperolehi seorang puteri. Umurnya tidak panjang dengan penyakit yang dialami .(Canser) Al Fatihah x 10000..
Berbalik kepada aku. Dudaku memang penuh hikmat. Dalam menduda aku berusaha. Hasilnya aku berjaya. Dalam kejayaan aku tidak lupa kepada abang dan kakak kakak ku. Dapat juga aku menghulur sekadar yang termampu. Ku beli rumah kos sederhana semata mata untuk kakak ku dan anak anaknya berteduh setelah sekian lama bersetinggan. Sedangkan aku menginap di rumah sewa. Salah seorang anak kakak ku yang nampak ada peningkatan dalam pelajaran telah ku bantu sehingga dapat menghabiskan pelajaran di Universiti. Ku beli kereta untuk dia untuk memudahkan dia berulang alik ke kolej. Hasilnya, pelajaran dia habis dan dia bekerja dengan pendapatan di atas paras kemiskinan. Biarpun kereta yang ku beli itu berhutang tapi hutangnya ku bayar sehingga dia mampu membayarnya sendiri. Dua tahun lebih ku bayar. Abangku, ku hulur wang sedikit sebanyak dan ku beli juga sebuah kereta terpakai untuk memudahkannya berusaha dan menghantar anak kesekolah. Kakak ku Rohani, juga ku bantu sekadarnya sahaja kerana dia tidak mempunyai komitmen yang tinggi. Dia hanya seorang. Anak perempuan tunggalnya telah pun berumahtangga ketika itu.
Dalam kejayaan aku berkahwin dengan Razlin. Aku kenal dia ketika susah. Berkulikan suratkhabar pagi pagi tanpa mandi. Setelah aku senang baru ku pinang dia. Hasilnya aku dapat seorang anak lelaki.
Kejayaanku hanya seketika. Perniagaanku tamat perjanjian kerana terdapat kerenah birokrasi. Dalam perniagaan banyak musuh. Musuh hanya pandai menghentam dan mengodam. Aku tidak dapat bertahan dengan gondaman tersebut lalu aku susah kembali. Perniagaanku musnah. Dalam musnah, orang akan bercakap macam macam dan membuat kesimpulan sendiri.
Ada yang berpendapat aku menipu, aku menjual dadah dan berbagai fitnah ku dengar. Dan Fitnah yang ku dengar juga datang dari orang yang ku bantu sebelumnya. (MasyAllah). Hanya aku dan berkuasa sahaja yang tahu.
Dalam susah dan tak ada jalan keluar pernah aku berhutang dengan Ah Long (Ceti) haram. Aku pinjam RM 3000 tetapi tunai ku dapat RM 2600. Mengikut perjanjian aku perlu bayar RM 300 sehari dalam masa sepuluh hari. RM 300 x 10hari = RM 3000. Bererti faedahnya RM400. Setelah habis sepuluh hari ku bayar, ku jumpa Ah Long untuk mendapatkan gadaian ku kembali iaitu sebentuk cincin berlian yang ku beli bernila RM 5000. Memang lintah darat Ah Long ni, bila dibagitahu, hutangku belum jelas. Dia kata RM 300 yang ku beri tiap hari adalah faedah dan RM 400 dari jumlah RM 3ooo ku dapat RM 2600 adalah duit setem perjanjian. Aku perlu membayar RM 300 setiap hari selama lamanya selagi aku tidak jelaskan penuh tunai RM 3000 serentak.
Nah.. aku di timpa bala. Aku cuma mampu membayar dua minggu sahaja selepas itu kerana aku takut keluarga ku di ganggu. Dua minggu jumlahnya sudah RM 4200 bila di campur RM 3000 bererti aku telah membayar RM 7500. Lihatlah berapa faedah ku bayar berbanding ku dapat RM 2600. Bererti RM 4900 faedahnya.
Episod ini berakhir setelah aku terlewat bayar. Sepatutnya aku bayar sebelum pukul 6 petang, tapi di tanganku tiada wang. Bila aku dapat jam 8 malam terus aku ke bank untuk di banking. Belum sempat aku banking, aku di hubungi isteriku bahawa dia telah diganggu oleh Ah Long. Duit aku tetap banking juga supaya dia keluar dari rumah ku. Mungkin bila didapati ada urusan kemasukan wang, barulah dia keluar, kalau tidak sampai bila bila pun dia akan berkampung.
Bila aku sedar tak ada jalan keluar, sebelum sampai kerumah, aku singgah di balai polis membuat laporan. Urusan laporan memakan masa tiga jam. Selesai urusan di balai polis ku pulang dan dapati Isteri dan anak ku tiada. Aku hubungi mertua. Alhamdulillah dia ada di sana.
Aku tak sanggup mengadap mertua dan tak sanggup juga melihat air mata isteri dan anak ku yang masih kecil. Besoknya tanpa tidur aku terus kerumah kakak ku di Port Klang lari dari Ah Long dan lari dari menghadapi mertua seketika.
Disana aku menghubungi Isteri bertanya khabar dan ternyata angapan ku salah. Dalam sebaknya isteri dan marahnya mertua, masih ada lagi sisa untuk ku. Mereka boleh menerima aku dengan sarat aku tidak mengulanginya lagi.
(Orang gila sahaja masih mahu berurusan dangan Lintah darat tersebut setelah mengalami suasana demikian).
Hubungan dengan Isteriku bersatu kembali dan tinggallah aku di rumah mertua. Diantara itu aku berjanji dalam diriku. Akan kubangkit lagi setelah tersungkur, kerana aku percaya, aku punya upaya untuk melakukannya.
Adab dunia, bila kita didalam kepayahan yang nyata. Tiada sesiapa lagi akan menghampiri kita. Kita akan terbuang jauh dari semua landasan. Bicara kita tidak sewangi dahulu. Bicara kita akan dianggap sengketa yang memudaratkan. Kawan memang akan lari betepiaran. Keluarga kita yang kita bantu selama ini pun, akan mengagap kita sebagai musuh.
Percaya atau tidak itulah hakikat. Selama ini aku begitu yakin bahawa aku tidak akan dilakukan demikian tetapi hakikat yang aku tempuh jauh berbeza. Aku tidak yakin dengan pepatah TOLONG ANJING YANG TERSEPIT ingatkan anjing di dalam jagaan tidak akan mengigit tapi anjing yang didalam peliharaan lebih bisa dari segala bisa. Mungkin anjing itu telah diberi makan makanan yang baik baik, tidak kotor. Tidur pun bukan di tepi longkang disediakan tilam empok, tidak terlanjang tidak juga berkaki ayam.
Aku jaga anjing itu dulu pun bukan untuk dijadikan jaga rumah aku tapi untuk dijadi jaga kakak aku Zaharah dan suami serta anak anak. Aku tidak terasa sekiranya kakak ku menghalau aku dari rumah, sedikit pun aku tidak terasa kerana memang sepatuknya aku di halau sekiranya ada sesuatu yang mungkin membawa najis. Memang dia kakak ku yang telah banyak membantu aku menempuh dunia ini. Banyak jasa yang tidak boleh aku bayar.
Maafkan aku Kak, bukan niat aku untuk menghalau kalian daripada rumah itu, yang semata mata aku belikan untuk kalian, tapi aku terpaksa kerana anjing yang menjadi peliharaan bersama telah terlalu agrasif dan ternampak anjing itu mampu menjaga kalian dan mampu memberi segala teduh dari hujan dan teduh dari gelombang. Dan untuk suami mu, yang telah banyak membantu, maafkan aku. Bukan terniat untuk aku berkasar bahasa, sedikit pun tidak tetapi oleh kerana kau terlalu mementingkan anjing itu dan pertahankan segala gigitannya terhadap aku adalah halal lalu aku terpaksa pertahankan tindakkan yang aku lakukan adalah benar kerana anjing tetap anjing. Aku juga ada maruah sebagai seorang lelaki.
Dan kini ternyata kalian telah ternampak nafas yang boleh bernyawa untuk hidup. Kalian berhak memperolehi nafas itu dengan hasil usaha, perit jerih selama ini. Aku bahagia benar dan selalu berdoa agar kalian sampai ketahap mampu menempis segala badai dan gelora masa depan. Andainya kalian beranggap adik mu ini derhaka. Maafkan adikmu ini, tetapi adikmu ini berhak untuk derhaka. Sedarlah derhaka adikmu ini, adalah derhaka sunat supaya kalian sedar bahawa tindakan adikmu ini betul.
Kepada anjing jagaan mu kakak. Adainya dianggap aku punyai hutang untuk dijelaskan, aku tetap akan membayarnya, kerana hutang perlu dijelaskan andai tidak susah untuk aku hadapi alam selepas mati. Andainya tidak kesempatan, aku telah wasiatkan kepada zuriatku untuk jelaskan. Sekiranya perlu dan amat memerlukan jumpalah aku waktu ini dan saat ini, kerana anggapan ku keperluan kalian melebihi keperluan aku.
Percayalah kakak... adekmu amat bahagia dalam derita. Bahagia kerana mempunyai isteri yang setia dan mertua yang bukan IBU MERTUAKU tapi derita dalam prasangka kakak. Sengketa adekmu adalah sengketa dengan anjing yang terlepas dari tersepit. Semahunya kalian marahkan anjing yang tersepit setelah mengigit adekmu tapi kalian tidak. Kalian marahkan adekmu yang melepaskan anjing yang tesepit itu.
Memang sepatutnya kakak marahkan adekmu ini...
1. Kenapa dilepaskan kalau dah tahu anjing akan tetap mengigit setelah terlepas dari bahaya.
2. Anjing peliharaan tidak sama dengan anjing terbiar. Anjing terbiar akan lari bila terlepas tapi peliharaan akan tetap kembali bila di halau.
Apa pun semuanya telah terjadi, tidak boleh dipusing kembali dan biarkanlah ianya sebagai tragedi yang tak boleh dielakkan lagi. Sebelum adekmu pergi dahulu sebelum kakak, maafkanlah segala apa terjadi disepanjang pembesaran adekmu ini. Halalkanlah apa yang termakan dan terminum sesungguhnya kemaafankan kakak setidaknya untuk adekmu tenang menemui ILLAHI. Terima kaseh kakak.............
p/s Adekmu tidak lupa diri adekmu sedar di mana iannya datang.
Selasa, 23 Jun 2009
Syair dari bonda


Anak Mak Sah nama Mat Roji,
perut buncit bulat berminyak,
tak makan nasi hanya roti
tak ada beras dalam genak,
Mak Sah lelah laki mati,
Umur Mat Roji tiga tahun
hidup Mak Sah sorang diri
toreh getah sepuluh pohon
bila besar pandailah belajar
buat kerja tak payah suruh,
hutang mak harap bayar,
Mak ambli beras kedai Jusoh.
Nak minta tolong kat siapa,
semua orang tak pandang kita,
susah senang kita sahaja,
biar sakit biar derita tuhankan ada.
bila mu senang kena tolong,
siapa saja serupa kita,
sembahyang puasa jangan bohong,
esok lusa kita pergi juga.
Mak tak ada nak beri apa,
tolong simpang sampai ke tua,
surat ini selalu mu baca,
supaya mu sedar siapa kita.
Al Fatihah. Ya Allah letakkanlah ibuku bersama sama orang yang beriman dan bertakwa,
Isnin, 22 Jun 2009
My instinct di kelab pantun malaysia FACE BOOK
bukan pandai selongkar pantun,
jiwa resah terpapar indah,
menarik teman duduk bersantun,
memapar kisah dijadikan madah.
mama kasarkah hamba berpuitis,
untuk berpantun harus romantis,
resah hamba terlalu terhiris,
melihat pusaka selalu tergilis.
mama lihatlah siapa yang datang,
bila lembu disembelih lawan,
anak terbiar ditengah padang,
rezeki dekat jauh kedepan.
mama kasarkah hamba berpuitis,
untuk berpantun harus romantis,
resah hamba terlalu terhiris,
melihat pusaka selalu tergilis.
pancing keli dapat haruan,
dibuat lauk pagi petang,
bila pelangi ada di depan,
bererti hujan telah kebelakang.
bila hujan telah kebelakang,
jangan jadikan petir bersilang,
jati dipacak terbang melayang,
istana kayangan turut terbuang.
bila dekat terjauh kedepan,
untuk mengejar berputar jalan,
mari bengkuk kita luruskan,
supaya kayu dijadikan papan.
Pucuk paku bersama paku,
pucuk paku dari seberang,
pokok aku tanpa kayu,
hanya menjalar lintang pukang.
Hasrat hati ke Pulau Indah,
Berjalan kaki mengayuh sampan,
Rumah kecil lagikan bersepah,
Apa pula istana kayangan.
Kiblat memang di hujung bumi,
Di sujud dipohon keredhaan Illahi,
Ibarat kata memang dicari,
Untuk meriahkan kelab ini.
Capar siapa tersangkut di pohon,
Cara tersangkut macam terlepas,
Celupar kata memohon ampon,
Celupar rasa hamba membilas.
Sembahyang hajat waktu sunyi,
Munajad lagi beristiqarah sekali,
Sembang kita penuh erti,
Silap ditegur yang betul diteliti.
Karam kapal kerana badai,
Badai datang kerana gelora,
Di sini tempat kita bersantai,
Salah silap perlu bersuara.
Ayah terlena dilantai nibong,
Binakan hamba tilam empuk,
Harapkan hamba bangsa dijunjung,
Bangunkan pusaka dihujung tanduk.
Bumbung tiris tadahlah belanga,
Percit air sampai kedulang,
Jantung terhiris mengagah bangsa,
Kominis tiada masih berperang.
Tuah pergi rindukan Jebat,
Jebat tertikam di jantung berazimat,
Bangkit bangsa bangkitlah umat,
Barsatulah jiwa sadurkan keramat.
Cucian beras dibuang jangan,
Direndam kaca kilat berseri,
Memang berharap memang berangan,
Berpantun seloka bersinar kembali.
Mengapa harus jadi kenyang,
Hisap rokok keluar asap,
Sembahyang bila waktu senang,
Bulan puasa selalu melahap.
Kambing seekor dipawah sekampung,
Termamah tulang tertelan umbut,
Mulut manis hati berbohong,
Halimpa pecah pahitnya lanjut.
Buat apa mengali telaga,
Jeram ada untuk disuci,
Kalau kita asyik belaga,
Malaysia hilang di bumi ini.
Ayah berdagang sair berpantun,
Meratap kasih menenang jiwa,
Biarkan kalian duduk bersantun,
Kepulangan kalian ayah berbangga.
Kain perca dicantum seribu,
Kian hampir dibuat kelambu,
Pantun seloka bila dicatu,
Harapan bangsa boleh bersatu.
Datang hamba membawa pusaka,
Hulubalang melayu hebat terpuji,
Tiada melayu tidak berbahasa,
Dijulang tinggi bicara berbakti.
Ditarik pancing umpan tiada,
Umpan tiada baik menjala,
Kaseh bonda pada bahasa,
Hamba di sini turut terasa.
Hamba mencari tersua tempat,
Melepas kiasan berpantun seloka,
Bila diteliti hamba berpendapat,
Hanya di sini dapat diteroka.
Tumbuk padi berlesung kayu,
Kayu jati taman Istana,
Hidup mati hamba berguru,
Kita setia pada yg berguna.
Tiada laut tidak berpantai,
Akhirnya kita ketepian jua,
Bila gelombang datang membedai,
Hanya kesetiaan kita berjaya.
Antah tiada beras berseri,
Menanak kaseh api membara,
Entah mengapa pengeras tinggi,
Menjinak gadis sepi melara.
Pergi mengaji membawa karak,
Agar bercahaya ternampak sinar,
Resmi semut selalu berarak,
Mencari rezeki tak pernah sukar.
sungguh indah bahasa ibunda,
menyulam lidah, lembut berkhias,
bermadah pujangga lambang bangsa,
hidup melayu serumpun bergalas.
Buluh runcing dijadi perangkap,
Diuncang kuat berpintal tali,
Siapa hamba untuk bercakap,
Dr Burhanuddin Al-helmi tiada peganti.
Di atas robohan Kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu melayu seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka,
Dr. Burhadnuddin Al-Helmi(Kota Melaka, 1946)
Tiada aras takutkan dia,
Tanpa keris hanya kata,
Tanda dada penuh derita,
Tanpa dia di mana kita?
Silat gayung langkah disusun,
Melangkah kedepan,tangan berjaga,
Hamparan kaseh hamba memhon,
Berbudi kita pada yang Esa.
Antah tiada beras berseri,
Menanak kaseh api membara,
Entah mengapa pengeras tinggi,
Menjinak gadis sepi melara.
Assalaimualaikum menjawab salam,
Salam ikhlas di jemput bersila,
Cuba memang adat alam,
Setelah rasa jangan dipersia.
salam hamba salam berhias,
mencari puteri siraman pertiwi,
anyaman saudari hamba membalas,
mengikat kasih hingga ke mati.
Silat gayung langkah disusun,
Melangkah kedepan, tangan berjaga,
Hamparan kaseh memang dipohon,
Berbudi kita pada yang Esa.
bunga yg wangi ada dipondok
kelopaknya mekar belum tercabut
kalau perlu turun kepokok
lihatlah tunjangnya adakah reput?
Salam hamba salam berhias,
Mencari puteri siraman pertiwi,
Anyaman saudari hamba membalas,
Mengikat kaseh hingga ke mati.
Reputnya tunjang si pohon beringin,
Bertukar iklim kepanasan berpanjangan,
Telah ku selidik antara angin,
Jalan berliku ditempuh jangan.
Inginku panjat si pohon jati,
Melihat mega cerah di timur,
Kalau di ikut rasa hati,
hidup merana sepanjang umur.
Sulaman songket berpintal mati,
Berkait di atas terjulur dillantai,
Di sukat di imbal akalku mati.
Melihat emas datang berantai.
Kaki terpijak paku berkarat,
Disedut lintah bisakan hilang,
Tiada karat besi termampat,
Tiada bisa umurkan panjang.
Tari menari irama asli,
Jogek lambak menenang jiwa,
Empunya kaseh telah berlari,
Harapan hamba semuga berbahagia.
Zety Izzaty menulispada pukul 11.30 ptg semalam
balik kampung menanam jagung,
jagung ditanam bersama peria,
untung diriku tidak tertangung,
mendapat ayah seperti dia.
selamat hari bapa (mat roji =))
Mat Roji Mak Sah menulispada jam 12.16 pagi
bila punai pulang ke sarang
menyuap anak daun keladi,
sayu ayah engkau pulang,
membawa ijazah berisi farmasi.
tertangis ayahda mendengar berita,
anakda berjaya bersengkang mata,
menimba ilmu penuh di dada,
untuk membantu sesiapa jua.
terimakasih puteriku Zety Izzaty di Athelit Aus.jangan lupa pesan ayah.
Rabu, 10 Jun 2009
PERKAHWINAN
Kepada Kak Long yang dikira penting untuk Ayah Su hadir. Maafkan Ayah Su kerana tidak ada jalan lain untuk hadir. Keadaan tempat yang agak jauh menyukarkan lagi keadaan itu. Sebenarnya jiwa Ayah Su meronta ronta untuk sama sama meraikan kebahagian Kak Long disaat itu. Ayah Su rindukan kalian semua. Ayah Su rindu di saat saat suami Kak Long melafaskan akad. Ayah Su rindu pada air mata, Mak dan Ayah Kak Long yang menitis kerana beratnya melepaskan Kak Long pergi membina kehidupan sendiri. Ayah Su rindu pada air mata Kak Long yang tiris bila bergelar seorang isteri. Ayah Su rindu pada hilau tawa saudara saudara yang sibuk membantu. Ayah Su rindu kepada suasana masyarakat kampung yang Ayah Su kenali setelah Ayah Su tinggalkan hampir 23 tahun. Disaat kebahagiaan Kak Longlah mungkin Ayah Su berkesempatan memohon maaf daripada mereka semua. Dan Ayah Su kira, mati Ayah Su tak akan aman kiranya mereka semua tidak maafkan Ayah Su diatas kesalahan Ayah Su disepanjang Ayah Su membesar di kampung.
Tahniah Ayah Su ucapkan kepada Kak Long kerana kini telah bergelar seorang isteri. Gelaran yang senang untuk diperolehi dan terlalu payah untuk direalisasi. Ayah Su percaya dengan pengalaman yang diceduk dari orang lain, asuhan dari Mak Ayah serta nasihat dari arwah nenek serta ajaran agama yang diilmukan, Kak long akan berjaya melayari bahtera perkahwinan itu dengan sopan dan selamat. Untuk manasihati Kak Long Ayah Su tidak layak dalam soal ini, kerana Ayah Su juga terlalu jahil. Tetapi dengan pengalaman pahit manis yang Kak Long sedia maklum. Ambillah sebagai ikhtibar.
Perkahwinan bukan setakat sebutan akad dan hubungan antara teruna dan dara. Kita berkahwin bukan setakat dengan dia, tetapi kesemua isi gerombolang keluargan, rakan, kerja hobi, perangai serta sikap dia. Andainya kita dapat berkahwin dengan segala isi keseluruhan tersebut nescaya kebahagian Muhammad (SAW) dan Siti Khadijah akan dapat diceduk dan nescaya Kak Long akan berkata "Sekiranya aku tahu nikmatnya perkahwinan ini dari dulu, pasti aku tidak akan lengahkan sampai hari ini. Oh.. nikmatnya berkahwin ya Allah" tetapi sekiranya kita angap perkahwinan adalah satu hubungan kelamin untuk menempias nafsu. Memang sekadar tidak mendapat dosa zina tetapi isi yang terlalu nikmat disebalik hubungan kelamin itu tidak akan kita dapat kecapi sepenuhnya. Akhirnya tergigit di sana dan tercalar di sini. Pemberontakan pasangan akan terserlah dan hubungan tidak akan sampai kemana mana.
Dan sesuatu yang perlu dikongsi SANGGUPKAH AKU MEMPUNYAI ISTERI SEPERTI DIRIKU apabila kita sampai ketahap sanggup nescaya suami adalah seorang yang gila bila tidak menyayangi dan mengasihi kita dengan sepenuh hati. Percayalah.
Kepada Mak dan Ayah Kak Long....
Tahniah kerana dapat melepaskan Kak Long dengan rela, disamping memiliki seorang menantu dan sebahagian daripada sebuah keluarga yang akan berkembang. Susah payah mengasuh, mengajar dan membesar seorang anak bukan perkara yang mudah. Makan, pakai, kasih sayang terpaksa dicatu kesemuanya. Peluh yang minitik dan kudrat yang lelah tidak akan sia sia. Pasti ada ganjaran yang lebih besar daripanNYa kelak. Andai bukan di dunia diakhirat pasti menanti.
Dan kini tanggungjawab telah dilepaskan dan Kak Long bersedialah menghadapi amanah yang dilepaskan itu dengan penuh rasa syukur dan jadilah sebagai seorang suru mithali yang akan menjadi contoh dan sejarah kelak. Tahniah.....
Kepada Suami Kak Long...
Syabas dan tahniah diucapkan kerana memiliki seorang gadis impian yang menjadi rebutan lelaki sekiranya mengenali isi budinya. Kecantikan terserlah diawal kelahiran dengan putih dan gebu kulitnya. Petah cakapnya yang lembut, terkadang tegas dan garang adalah personalitinya kerana ia adalah anak yang sulong. Didadanya penuh rasa tanggonjawab terhadap keluarga dan sahabat. Hatinya lembut dan ilmu agamanya sederhana. Jiwanya tidak pernah kosong dan pandai mengisi dengan keseronokan beradab. Sepengetahuan yang mungkin dirahsiakan. Dia tidak pernah bercinta apalagi mengenali lelaki. Cintanya hanya pada keluarga. Lelaki yang dikenali adalah ayahnya. Perhubungan hanya dengan masyarakat. Dan sekiranya dijaga dengan penuh tanggongjawab. Nescaya kebahagian kalian bukan setakat di dunia. Diakhirat menanti pasti. Jagalah amanah yang dilepaskan oleh kedua dua orang tuanya dengan penuh rasa tanggongjawab. Jangan sia siakan harapan mereka. Mereka akan ketawa bila kalian ketawa. Mereka akan bahagia bila kalian bahagia dan mereka akan menagis bila kalian menangis. Dan tangisan mereka akan berdarah dihati melebihi tangisan kalian di mata.
Akhir kata....
Terima kaseh di atas ingatan dan menjemput keluarga Ayah Su untuk sama sama meraikan kebahagian kalian. Tanpa Ayah Su tidak pincang majlis itu, dan kini kalian bahagia.
Jumaat, 29 Mei 2009
WASIAT
Dan apa yang menyentuh perasaan aku, bagaimana seorang anak boleh menasihati aku sebagai seorang ayah. Sudah dewasa dia. Memang aku akui, ada juga kebenaran yang disuarakan dan ada yang dia tidak memahami apa yang telah dan sedang aku alami. Mungkin sejarahku telah diputar belitkan oleh seseorang lalu dia menerimanya bulat-bulat sehingga dia tidak berpuas hati.
Biarkanlah. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Akan ku simpan pengalaman pahitku sehingga akhir hayat. Bila kematian menjemput, aku redai dan akan ku bawa pengalaman itu di Padang Mahsar sebagai bukti. Di sanalah nanti ada yang meraung menangis memohon ampun yang tak boleh diamponkan lagi. Irqin, Izzaty akan mengetahui dan mereka semua dalam watak hidupku, akan akui. Kerana tiada bohong yang boleh berbohong.
Zety.....
Sebagaimana ayah katakan tadi. Renungkanlah.........! sanggupkah aku menjadi anak kepadaku sekiranya anakku adalah aku sendiri. Apabila kita betul-betul merasa yakin mengatakan sanggup. Memang kita terlalu ego. Perbetulkanlah kesilapan yang telah kita lakukan dan jangan lakukan kesilapan yang sama. Apabila kita betul-betul yakin, bahawa kita adalah sebahagian Saidina Aisyah anak jujungan Muhammad (SAW), barulah kita bolah bermegah. Apa lagi ayah yang mempunyai anak sedemikian. Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar.
Begitu juga ayah. Ayah menangis menitis kadang-kadang, kerana ayah tidak sanggup menjadi seorang ayah kepada ayah. Apa lagi pada mu, pada Irqin dan pada Na'il. Sesungguhnya. Apa yang ayah sanggup hanyalah pengalaman hidup yang ayah miliki boleh disampaikan.
Pernah ayah menjadi seperti gila dan bila tersedar ayah bersyukur menjadi gila. Bukan senang menjadi gila kerana gila adalah sesuatu diluar kawalan yang tidak mampu mengawal hati dan perasaan. Apa lagi cinta, sayang dan kewarasan. Terkadang dalam perasaan tidak merasa takut kepada sesuatu pun dan menjadi kebal. Suatu waktu tanpa kewarasan, pernah terasa ingin membunuh diri. Tiba-tiba ayah tersedar dan engkau masih lagi dapat melihat wajah ayah hingga kini. Pengalaman gila sungguh mengkagumkan. Selalu dalam kebahagiaan.
Bercakap tentang ibu dan papa, terima kaseh ayah ucapkan buat mereka kerana memberi segala gala buat kalian tetapi ingat selagi mereka tidak memohon maaf dari ayah selagi itulah syurga tidak akan mereka miliki. Bagi mereka ayah yang bersalah dan ayah akui, tetapi haruskah kesalahan yang ayah lakukan dibalas dengan mengambil kesempatan? Terlalu payah berbicara dengan kalian. Biarkan mereka sahaja mengetahui.
Disepanjang perjalanan hidup ayah. Baru kini ayah memiliki sesuatu yang ayah tidak pernah bermimpi.
Ayah telahpun mempunyai seorang isteri yang setia. Jujur dengan cintanya, amanah dengan dengan hartanya dan jujur dengan cintanya. Ucaplah terima kaseh kepada dia kerana menerima ayah dengan cinta.
Sebagaimana engkau ketahui. Dia menerima ayah sewaktu ayah tidak mempunyai apa-apa. Bekerja, berkulikan suratkhabar dengan pagi-pagi tanpa mandi. Ayah duda, dia dara. Dia muda, ayah tua. Adakah kalian sanggup seperti dia? Sampai sekarang, ayah masih lagi bahagia.
Dia berikan ayah seorang ayah (mertua) yang ayah tidak miliki seumur hidup ayah. Dia berikan ayah seorang ibu (mertua) yang mana ayah kehilangan ibu. Dia juga berikan ayah seorang anak lelaki yang ayah mimpi-mimpi. Bersama-sama juga di bawanya seorang adek (Jijul) yang ayah tidak memiliki seorang adek dan seorang abang (Ajip) yang lebih muda dari ayah.
Ayah bahagia disebalik derita.
Dan akhirnya dengarlah wasiat ini.....
Sekirannya ayah pergi sebelum waktu, jenguk-jenguklah mereka semua. Berikanlah kaseh sayang, kepada mereka sepertimana kaseh sayang yang mereka berikan. Jangan lupa papa dan dengarlah nasihat ibu. Jadilah kalian seperti Siti Aisyah, anak Jujungan Muhammad (SAW).
Khamis, 28 Mei 2009
BERISTIQAMAH
Sabtu, 23 Mei 2009
PANTUN RINDU-RINDUAN
Na'il tak tidur sampai kepagi,
Irqin di mana, adakah jauh?
Zety di Australia memangil hari hari.
Na'il memanggil neneknya po por,
Bahasa cina belajar di mana?
Bila Razlin berada di dapur,
Aku terhibur, lapar pun lena.
Bila berniaga tergadai janji,
Hidup puranda kehidupan teruji.
Sanggupkah Razlin hidup begini,
Bila suami selalu diawasi.
Aku percaya, Razlinlah sejati,
Susah payah belum berakhir.
Akulah suami cintaku hakiki,
Relaku lepaskan kiranya diukir.
Mertuaku orang yang ku sanjungi,
Keluargaku tiada dialah peganti,
Menantukah ini makan pakainya diberi,
Apa di buat semuanya tak jadi.
Itulah ujian di dunia ini,
Sampai kemati akan ku hargai,
Hatiku hanya tuhan mengetahui,
Akan ku berusaha sehingga menjadi.
Khamis, 21 Mei 2009
HARI INI DALAM SEJARAH (buat Nurul Irqin)
Mengantuk tak mengantuk ku gagah jua mata yang mamai, turun kebawah mencari cangkul, mengali sedikit lubang, hanya cukup memuat khazanah yang mungkin cair dibawah pokok jambu batu.
Selesai sahaja kerja tu, ku panggil isteriku (bekas isteri) turun kebawah untuk melepaskan giannya yang memulas-mulas. Aku hanya menjadi pengawal di dalam samar-samar cahaya bulan. Dia tu penakut sikit. Tau jelah kat kampung. Macam-macam cerita seram terdengar dari orang-orang tua kat kampung tu. Selesai je malabur, naik kerumah terus kebilik air cuci agaknya. Lama gak kat bilik air.
Aduhhhhhhh memulas lagi. Aku terus membuat runtin yang sama. Jemput dia dan melabur lagi. Tiga empat kali ragam yang sama terjadi.
Takut benda lain yang jadi. Aku kejutkan orang tua (Mertua). Kelam kabut mamai, dia orang. "Eh... ni bukan sakit perut biasa ni" keloh mak dia (mertua) dengan mata berkelip kelip pejam
Lintang pukang aku. Kedapur tak kena, kebilik tak kena, kebawah pun tak kena, tangan memulas kebelakang. Cuma terbayang Mak aku yang tinggal agak jauh.
Biasalah...isteriku tu (bekas isteri) dah 9 bulan. Tunggu hari je. Tapi!!!!!!!! masa aku timbus si polan polannya tadi, menguap-ngup juga. Masam pekat pulak tu.
Pengalaman tak ada, dah nak jadi bapa dalam usia mentah tak mekar pun (21 ++ je). Hari lahirku sebulan je lagi. ( 09 june ). .
Mak aku,,,,,,? Dalam lemah lelah berasma. Soal macam ni, dia akan berubah terlupa, sihat tiba tiba lelah asmanya. Maklumlah kerja dia. Fasih benar berbidan ala kampung. Hampir separuh anak anak kampung dia yang sambut. Kuat betul semangatnya.
Mak aku sampai jam 9 pagi dengan seluruh isi gerombolan keluargaku. Dalam beg penuh dengan akar akar kayu dan majun kampung. Mulut dia terkuma kamih. Entah apa yang di sebur dan di baca bila sampai di anjung rumah. Aku sambut dan cium kuat kuat. Pimpin tangan dia terus kebilik. Dalam bilik aku terjeling isteriku (bekas isteri) Terkangkang membujur dengan kepala berpusing kekanan kiri.
"Aduh!!!!! sakit, sakitttttttt" Mak aku terus menerkam keperutnya. Aku tak sangup melihat, terus keruang tamu. Termenung dengan telinga terpasang mendengar keluh kesah dan suara nyaring kesakitan. Mataku terasa mengalir sesuatu.
Macam macam mak aku buat, Bagi minum air tawau (air jampi) tok guru, telur mentah dan macam-macam. Kata mak aku, telur mentah tu, untuk membuka jalan. Jalan apa, aku tak tahu.
"Jalan rahim biar licin sikit" kata kakak ku, bila aku memandang matanya tertanya.
Teringat pesan guru ku. Bila kita dalam kesesatan di hutan atau menghadapi mala petaka atau kesusahan. Ambil air sembayang dan azam kuat kuat dengan niat memohom pertolongan yang berkuasa. Ahhhhhhh...... tadi terlupa agaknya bila akal fikir bagai separuh gila kerisauan. Bila suara kesakitan terdiam barulah gilaku menjadi waras tiba tiba.
Lantas aku terus kebilik air, bersuci dan bersedia berjuang dengan laungan azam.
Jam sudah pukul 3 setengah petang. Keadaan macam tu je. Kejap isteriku (bekas ister) kejap sakit, kejap hilang. Laungan azam sudah dua kali aku laungkan. Afdalnya bila ku azan. Isteriku (bekas isteri) denyutan kesakitannya hilang. Alhamdulillah mujarat betul, ubat yang azali tu.
(Laungan azan).
Jam 4.15.
"Roji...bee Roji (bang atau azam)" Suara mak aku dari dalam.
Aduhhhhhh.. Ahhhhhhhhh aduhhhhhh". Isteriku meneram.
Aku terus bang sekuat hati.
"Allahhuakhbar, Allahhuakhbar"
"Kuarr, kuar, kuar".
"Dah keluar dah, dah Keluar dah" Suara siapa, aku tak pasti.
Telingaku tetap terpasang biarpun khusut berazan. Dalam terdengar suara bayi, aku habiskan juga laungan azan tersebut. Air mata ku menitis sedikit, hatiku pilu dan kembali lega bila terdengar suara isteriku mengucapkan Allhamdulillah. Selepas azan, aku terus sujut sukur. Dalam hati TERIMA KASEH YA ALLAH KERANA MENYELAMATKAN ISTERIKU DAN SELAMATKAN KELAHIRAN ZURIATKU AAAMIN.
NAHHH........... BUAT NURUL IRQIN ANAK PEREMPUAN SULONGKU.
Nama itulah yang terpahat sampai hari ini, sempena nama salah sebuah kampung di negara Arab dan carilah asal usul kampung tersebut kerana ayah dan ibu tak mampu lagi mencari makna di sebalik nama tersebut(Zattul Irqin) setelah ayah berpisah.
Selamat hari lahir ke 21 anakku Irqin. Jagalah maruah diri dan berhati hatilah dalam perjuangan hidup yang penuh penipuan ini. Ranjau kehidupan yang tajam ini akan menjadi tumpul bila keimanan kita kuat. Pengalaman yang ayah dan ibumu tempuh, engkau sendiri sedia maklum dan jangan ulangi kesilapam tersebut. Andai tersesat kembalilah kepangkal jalan dan beristqfallah.
Disepanjang kehidupan mu ayah terasa ada sesuatu yang tak kena. Ayah betul betul terasa. Ayah ternampak dalam hati dan naluri kerana engkau adalah sebahagian darah ayah yang tertumpah. Engkau yang tempuh, engkau yang tau.
Engkau yang sulong, tunjukkanlah tauladan kepada adik, adik mu yang lain.
Disamping INSTINCT ayah yang kuat. Ayah juga berbangga dengan mu, anakku. Kehidupanmu pasti akan berjaya dengan keazaman mu yang kuat. Ayah percaya tu dan selalu ayah berdoa. Dan ternyata adik mu Zety telah menjadikan mu sebagai cabaran. Kini dia sudah mengatasimu dari segi pelajaran dan engkau masih lagi berpeluang mengatasinya kembali.
Percayalah. Ayah betul-betula menyayangimu apalagi merinduimu di waktu hampir hari lahirmu tiba. Ayah betul betul pilu bila bayanganmu langsung tak kelibat menjenguk ayah yang entah sihat, entah tidak hatinya ini.
Kini umurmu hampir 21. Dengan umur itulah ternyata engkau telah bebas dari segi perbuatan.
SELAMAT HARI LAHIR NURUL IRQIN.
KELAHIRAN SILAM (Salam buat Zuriat)
Kelahiran mu melalui doa dari akad,
aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang sebanyak tersebut.
Dari fajar menyinsir cerahnya mentari,
ke mega malap dan malam pekat,
aku melangkah setiap ruang fikir berpena peta serabut,
Akhirnya kalian hilang tergantung tak bertali,
Aku mencari tali untuk memintal,
Rupanya tali rami kureput.
bersandar rindu perkasa,
setiap ruang ku jejak,
menghitung lumpur terpijak,
mencari kalian, supaya bernafas,
ku temui,,,
Nafas kalian segar bugar,
di bawah bayangan kayangan itu,
yang terhidu dari dulu.
Walau di mana mana
Darah merah tak terlupa,
pada jantung bergegar,
Darah putih tak terlupa,
pada urat berselingkar.
Dengan pekat dan cair.
Dengan hitam dan putih.
Dengan jalan lurus berduri dan bengkuk berpusing.
Dengan simpang bercabang.
Aku rela gila dari waras bernoda,
Aku rela meminta dari dapat riba,
Aku rela berbohong dari ego yang sombong,
Pahit kohong, nganga terlompong.
Hari ini.
Biarpun kalian telah dewasa,
Jangan lupa waktu yang hilang,
Tanpa waktu manusia tak tua,
Jangan lupa kain di jemuran
Tanpa mentari mengigillah jiwa,
Jangan lupa hujan di padang,
Tanpa hujan kepanasan berpanjangan.
Dan.....
Ayah di sini.
Bilakah habis mencangkung,
Merenung meminta purnama,
merindui sesuatu, entah bila tiba?
Ahhhh kepenatan,
Doakanlah..........................
Selasa, 19 Mei 2009
MEMBUKA MATA
Entah???? Dunia yang ku sedar, ibuku bermengah asma, meraih simpati sawah dan pohon pohon getah,itu pun bukan milikku hanya pawahan. Rumah berdinding lompong, pintu bertabir kain, atap bertiris cahaya dan lantai bermandi hujan. Ayahku? tak berwajah diingatanku. Perginya... dia entah bila ???khabar dari ibu. Aku belum pandai membuka mata. AlFatihah x 10000000
Hanya ibuku yang berserkap jarang mencari keseorangan. Mencari, mencari dan mencari. Mengali, mengali dan mengali untuk menyuap nasi kemulutku untuk bernafas keesokan. Lelah menjadi pucat, rambut reroma kusut, tangan mengerutu dan urat lengan berserabut. Nafasnya tercungak cungak Lelahnya dia dalam akan fikir buntu bekerutu. Perginya pun dalam begitu....dalam lelah yang tak pernah mengalah ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. ibuuuuuuuuu???? Al Fatihah x 1000000000000000!!!!!! Ya Allah rahamatilah rohnya bersama-sama orang yang beriman. Aamin. Itulah aku mula membuka mata.
Di kampung Bukit Tanah, ibuku (Mak Sah) adalah satu jenama, melewati mukim sempadan daerah kerana ringannya tulang geding dalam mengah asma. Abang dan kakakku
bersijil ABC dan mengeja gagap. Aku, yang bongsu agak melewati sempandan mereka. Itupun kerana mereka meraih peluh dan keringat membantu. Ahhhhhh!!!!!. Andai tidak ABCku menjadi bisu dan buta. Akanku ingat jasa mereka. Andai susah carilah aku, senang jangan bagi tahu.
Nah......itulah aku ketika MEMBUKA MATA.




